Assalamualaikum wbt.
Nama saya Nur Asyhraff. saya masih lagi dibidang perubatan di tahun 4. InsyaAllah, pada tahun hadapan, saya akan bergelar sebagai seorang doktor.
sabetulnya, perjalanan saya untuk menjadi seorang doktor ini bukan sangat didorong oleh minat dalam perubatan. saya hanya ingin melihat dunia diluar sana melalui biasiswa perubatan yang ditawarkan oleh kerajaan. Sehingga tahun 4, saya masih lagi berjuang untuk menyesuaikan diri untuk memahami subjek dan minat saya.
sudah beberapa ketika saya ingin mengadakan satu blog untuk saya menulis perjalanan dan pengalaman saya serta beberapa pemikiran saya, untuk menjadi tatapan kepada anak cucu saya. saya berharap ada generasi akan datang akan meneruskan apa-apa sahaja yang telah dan akan saya buat.
saya tidak mengharapkan blog ini sebagai sesuatu yang berat. dan saya sudah ada pengalaman menulis isu-isu sensitif, dan selalunya saya akan jadi overexcited dalam menjawab beberapa persoalan yang diutarakan.
sabetulnya, saya tidak mahu sangat blog ini diketahui orang. hanya beberapa tulisan yang berunsur berat akan saya poskan ke someideas.wordpress.com
salam membaca jika anda terjumpa blog ini
acabeire
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment